Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria tidak dapat menahan sebak dan air mata apabila berkongsi dengan hadirin di Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini mengenai kisah beliau bersama-sama Sultan Perak sebelum ini Almarhum Sultan Azlan Shah.
Dalam
ucapan alu-aluan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah,
Harussani tidak dapat mengawal kesedihannya apabila dilihat mengesat air
mata, sehinggakan juruacara majlis turut menghulurkan tisu kepadanya.
"Ini supaya rakyat kenal dan dapat melihat sultan mereka,
bersalaman dan menegur sultan mereka ... baginda setuju dan pergi dari
satu masjid ke satu masjid.
"Malangnya ada satu kejadian di mana kami menerima surat
menasihati supaya Tuanku jangan pergi ke satu masjid kerana ada ancaman,
penderhaka," katanya dengan nada tersangkut-sangkut sambil memberitahu
ketika itu beliau sedia menawarkan diri menjadi perisai.
Hampir seminit Harussani sebak sambil diiringi air mata
dan cuba menghabiskan ayat beliau tentang kesediaannya melindungi Sultan
Azlan Shah walaupun insiden itu telah lama berlaku.
Raja tonggak agama
Dalam pada itu, beliau berkata ketika ini seolah-olah wujud keadaan rakyat semakin melupakan institusi diraja, malah lebih membimbangkan ada rakyat yang tidak mengenal siapa sultan atau raja mereka.
Dalam pada itu, beliau berkata ketika ini seolah-olah wujud keadaan rakyat semakin melupakan institusi diraja, malah lebih membimbangkan ada rakyat yang tidak mengenal siapa sultan atau raja mereka.
"Pada akhir-akhir ini raja dijauhkan daripada rakyat,
sekolah tidak lagi diajar tentang sejarah raja. Saya cadangkan supaya
sejarah pemerintahan diraja diperkenalkan semula di sekolah.
"Pada pandangan saya, selagi kita tidak dekatkan raja
kepada rakyat dan sebaliknya, maka selamanya institusi raja akan
tenggelam sedangkan raja adalah tonggak agama," katanya.
Muzakarah bertemakan "Raja: Payung Pelindung Agama"
selama tiga hari mulai Ahad itu dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin
Shah hari ini.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan