DAP membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa parti itu menyokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana masyarakat Cina menguasai perdagangan di negara ini.
Setiausaha
Agungnya, Lim Guan Eng berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa
parti itu 'bingung' dengan tuduhan 'tidak masuk akal' Hadi dan
menurutnya rakyat Malaysia menjangkakan kenyataan perkauman seumpama itu
hanya akan datang daripada Umno.
Beliau berkata pembohongan tidak berasas itu menunjukkan
PAS sekarang bukan sahaja bekerjasama dengan Umno tetapi juga
mengamalkan 'politik kotor dan fitnah' terhadap DAP.
Lim Guan Eng juga mengingatkan Hadi bahawa TPPA dimulakan
oleh Umno dan bukan DAP, manakala perjanjian itu diketuai oleh Amerika
Syarikat bagi menyekat pengaruh geopolitik China.
"Jika Hadi begitu anti Cina, dia tidak sepatutnya menentang, tetapi menyokong TPPA bagi menyanggah China.
"Mengapa Hadi tidak menyalahkan atau mengkritik Umno?
Atau menerangkan kegagalannya menasihatkan Umno bagi menyanggah TPPA,
sejak menjadi penasihat kepada kerajaan pusat BN?" soal Lim.
Kenyataan Hadi itu dibuat semasa himpunan Bantah TPPA Sabtu lalu.
DAP dan PAS berbalah sejak kerajaan Kelantan berkeras
melaksanakan hudud. Kedua-dua parti itu akhirnya berpisah selepas wakil
PAS mengecam DAP di muktamar parti itu pada Jun tahun lalu.
Semenjak itu, kedua-dua parti itu saling tuduh menuduh,
terutama selepas Hadi mengisytiharkan dirinya sebagai penasihat kepada
kerajaan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan