NORAIZURA AHMAD
Tiga mangsa yang dikenali
sebagai Leong Mun Kin, Cheah Mee Lan dan Lim Saw Fong dipercayai sesat
selepas joging di FRIM. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
KUALA LUMPUR, Dua wanita dan seorang lelaki nyaris hilang selepas gagal menemui jalan keluar di Institut Penyelidikan Perhutahan Malaysia Malaysia (FRIM), pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, tiga
mangsa yang dikenali sebagai Leong Mun Kin, Cheah Mee Lan dan Lim Saw
Fong dipercayai sesat selepas joging di kawasan itu.
Komander Operasi Balai Bomba Bandar Baru
Selayang, Hasri Hussin berkata, semua mangsa berusia 36 hingga 48 tahun
ditemui dalam keadaan selamat.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.11 pagi dan menemui semua mangsa kira-kira dua jam kemudian.
“Mangsa dapat dihubungi melalui telefon bimbit dan memberi maklumat untuk keluar dari kawasan hutan.
“Mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat di pertengahan jalan dan berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan