TUMPAT: Seorang lelaki rakyat Malaysia maut selepas terkena tembakan
rambang berhampiran sekatan jalan raya di Kampung Cek He, Takbai,
Thailand dekat sini malam tadi.
Memetik laporan Utusan Online, dalam kejadian kira 10.30 malam itu,
mangsa Wan Mohd Zain Wan Hussain, 46, meninggal dunia di tempat kejadian
akibat kecederaan parah.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang juga seorang tukang masak
membonceng 'motosikal tambang' telah ditahan oleh polis untuk
pemeriksaan.
Ketika polis sedang menjalankan pemeriksaan, sekumpulan lelaki lengkap
dengan senjata api telah melepaskan tembakan rambang ke arah pasukan
keselamatan sehingga terkena Wan Mohd Zain.
Dikatakan sebutir bom yang diletakkan kira-kira satu kilometer dari
tempat kejadian juga telah meletup selepas insiden berkenaan.
Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Narathiwat untuk bedah
siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya di Kampung Ketil, Pengkalan
Kubor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan