Selebriti Azwan Ali memuat naik status di akaun Facebooknya menjadi viral di media sosial semalam.
KUALA LUMPUR – Susulan penahanan anak saudara kepada Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama sejumlah wang lebih
RM4 juta pada Rabu lalu, kelmarin selebriti Azwan Ali pula meluahkan
perasaan kesalnya terhadap kes rasuah anak buahnya itu.
Azwan yang dimuat naik status di akaun Facebooknya menjadi viral di
media sosial apabila dia mencabar Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid
meminta pertolongan daripada bapa saudaranya, Mohamed Azmin untuk
dibebaskan daripada tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Azwan terkenal dengan mulut ‘laser’ tidak terlepas menggunakan
perkataan kesat terhadap anak saudaranya itu sambil menyifatkan
penangkapan itu sebagai balasan atas perbuatannya yang tidak mengiktiraf
Azwan sebagai bapa saudaranya ketika majlis perkahwinan Mohd Nuzul
Fadli sebelum ini.
“Aku tatang kau macam minyak penuh sejak kecil! Kau antara anak
saudara paling bernasib baik dapat sanjungan Azwan Ali. Tapi itu dulu!
Bila kau kahwin, kau haram jemput Che Wan (Azwan Ali)?
“Gara-gara kau besarkan Azmin Ali, kemudian kau dengar hasutan mak bapa kau untuk tak jemput atau paruah aku sebagai pakcik kau.
“Sekarang tuhan bayar tunai! Kau sudah meringkuk dalam lokap untuk
siasatan SPRM! Kau meroyan kepada Azmin Ali suruh lepaskan kau!
“Muhasabah lah sebelum bala lebih besar terutamanya mak kau yang tak
habis caci hina Azwan Ali,” katanya yang dimuat naik dalam akaun
Facebook Azwan, semalam.
Selebriti Azwan Ali memuat naik status di akaun Facebooknya menjadi viral di media sosial semalam.
Rabu lalu, anak saudara kepada Mohamed Azmin serta dua lagi ahli
perniagaan ditahan SPRM di kediamannya kira-kira jam 1 tengahari bagi
siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di
Selangor.
Mohd Nuzul Fadli, 34, ditahan di No.35 Jalan Desa Pandan, Kuala
Lumpur bersama sejumlah wang bernilai lebih RM 4 juta dan beberapa akaun
dibekukan.
Difahamkan, individu berkenaan tidak bekerja namun dipercayai
kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya
sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.
Selain Mohd Nuzul Fadli, Mohamed Azmin turut mendapat kecaman Azwan
sambil mempersoalkan pelbagai salah laku yang terpalit ke atas menteri
besar itu yang memalukan keluarga arwah ayahnya, Ali Omar.
“Sudah jatuh ditimpa taik! sudahlah disaman berbilion dengan Syabas,
anak kesayangan dicekup SPRM. Ni ker ilmu agama yang arwah bapa kau
ajar?
“Ini ker semangat pulut kuning mak kau yang baru saja arwah? Muhasabah,” kata Azwan lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan