THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal kental menerajui kerajaan kerana beliau mempunyai keistimewaannya tersendiri.
“Malam tadi, kita makan-makan di rumah PM (Najib) dalam beberapa orang, sambil makan kita borak sebab apa, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) menjangkakan beliau boleh menjatuhkan Najib, tetapi tiba-tiba Najib tak jatuh sedangkan sebelumnya beliau nak jatuhkan beberapa pemimpin besar Umno lain beliau berjaya berbuat demikian.
Menurut Annuar lagi: “Selagi mana kita bukan Rasul, kita tidak maksum…Najib tidak maksum, seperti lebih tidak maksum Mahathir Mohamad, tentu ada salah dan tidak betul.
“Jika dibandingkan pemerintahan Najib lebih terbuka dalam soal memimpin, lebih bersederhana, zaman saya selama dalam kabinet, saya bersama Mahathir nak bertanding jawatan Presiden Umno kena ada kuota, zaman Najib tak ada kuota, tak ada jumlah pencalonan, malah siapa nak bertanding isi borang saja nak bertanding,”katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan