DETIK DAILY
Alhamdulillah kita sudah masuk ke
minggu kedua Disember 2017 dengan
pelbagai kisah suka duka sama ada
dalam mendepani cabaran tekanan hidup
yang semakin mencabar mahu pun
kisah-kisah yang sedikit menyenangkan
jiwa.
Rata-rata ibu bapa ketika ini sedang
sibuk menghantar anak-anak ke temuduga
sekolah sama ada Sekolah Berasrama
Penuh (SBP) atau sebaliknya.
Bagi yang berjaya peluang besar di
depan mata, namun perlu usaha gigih rakyat
kerana UPSR bukanlah penentu segalanya.
Bagi yang dapat keputusan biasa dan cukup
makan, maka teruskan berusaha untuk
mendapat keputusan lebih baik di hari mendatang.
Tidak semua kejayaan bermula dengan
kejayaan, sebaliknya banyak kejayaan
bermula dengan kegagalan dalam hidup.
Ketika tulisan ini dititip penulis sedang menyelesaikan
urusan pengajian di peringkat
sarjana doktor falsafah (PHD) dan insya-
Allah jika diizinkan akan menyelesaikan
semuanya dengan selamat.
Dalam menghadapi urusan hujung tahun
setiap ibu bapa akan sibuk dengan persiapan
anak-anak ke sekolah, dengan belanja
yang bukan sedikit malah ditambah dengan
kenaikan harga barangan di pasaran. Harga
minyak menyumbang kenaikan pelbagai
jenis barangan di pasaran. Sementara GST
pula beban panjang yang terpaksa ditanggung
rakyat Malaysia.
Pastinya ada ibu bapa yang sudah mula
kering poket sebelum buka sekolah selepas
menyiapkan kelengkapan sekolah anak. Tidak
kurang yang terpaksa meminjam sana
sini demi menyiapkan kelengkapan anak
sekolah.
Lebih seksa bagi mereka yang mungkin
berdepan pemberhentian kerja tidak kurang
mereka yang berdepan masalah gaji lambat
dan dipotong kerana masalah pelbagai
dalam bekerja. Mutakhir ini semakin ramai
yang sakit, murung dan stress kerana beban
ekonomi masalah pendapatan dan kos sara
hidup tinggi.
Maka yang ada hanyalah sebuah harapan
agar negara kembali ke landasan sebenar
yang menitikberatkan kebajikan
rakyat dan bukannya menjadikan rakyat
mangsa menerima beban panjang.
Tahun depan pastinya PRU14 akan
berlangsung sekitar Mac atau lebih awal.
Maka bagi rakyat yang sudah jemu dengan
kecelakaan yang dilakukan kerajaan
Umno-BN mereka akan membuat
keputusan berani mengubah kerajaan
yang ada hari ini kepada kerajaan yang
lebih berintegriti. Maka tiada lain pilihan
harus dibuat dengan kali ini PAS bersama
Gagasan Sejahtera adalah pilihan terbaik.
Maka ubahlah demi melihat masa depan
negara lebih baik. Salam dari kejauhan
demi sebuah perubahan...-editorial harakah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan