Selepas pitam kerana sakit belakang dan
bermalam di atas lantai simen ketika ditahan reman, Ketua Umno Sungai
Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dibebaskan daripada tahanan reman polis.
Namun pembebasan Jamal itu disambut
dengan kekecewaannya apabila mendapat tahu bekas menteri Datuk Zaid
Ibrahim tidak dikenakan apa-apa tindakan.
“Inilah perkara mendukacitakan saya. Saya pun tak tahu apa yang patut dilakukan lagi,” kata Jamal di Facebook.
Jamal dibebaskan polis selepas direman
dua hari mulai Sabtu lalu selepas mengugut mahu memukul Zaid dengan
tukul susulan kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu
terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketua Gerakan Baju Merah itu dibebaskan kira-kira jam 1.30 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Jamal yang baju Melayu biru kemudian mengadakan sidang media dalam hujan renyai-renyai tidak jauh dari situ.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP
Shaharudin Abdullah berkata Jamal disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil.
Seksyen 504 berkait dengan penghinaan
dengan niat untuk mengganggu keamanan, manakala Seksyen 14 berhubung
tingkah laku menghina.
Sementara itu Jamal melalui pesanan suaranya kepada pihak media menceritakan pengalamannya menghabiskan masa dalam lokap.
Kata Jamal dia sudah meminta supaya diberikan tilam ketika dibawa ke depan majistret, namun permohonan itu tidak dilayan.
“Saya dah maklumkan kepada pegawai penyiasat, saya ada masalah sakit belakang, urat belikat bengkak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan