MAPIM mengumumkan pelancaran gerakan Intifadhah
Asean untuk isu Baitul Maqdis yang kini diistihar sebagai ibu kota
Israel oleh Presiden AS, Donald Trump.
Seruan pemimpin ulama sedunia, Dr Yusuf Qardhawi agar Intifadhah ketiga dilancarkan perlu disambut oleh seluruh umat Islam.
Mapim mengambil pendirian bahawa selain kenyataan mengutuk dan
mengecam keputusan Trump, ia tidak harus terhenti hanya kepada reaksi
spontan. Suatu kebangkitan menyeluruh dan berkesinambungan melalui
intifadhah serantau yang menjadi rantai intifadhah di bumi Palestin
perlu digerakkan.
Kini Intifadhah di medan Baitul Maqdis dan di tebing Gaza sudah
mengorbankan nyawa rakyat Palestin dan mencederakan ribuan lagi.
Sokongan solidariti bersama mereka yang sedang berdepan langsung dengan
regim Israel perlu dinyatakan secara berterusan dan diterjemahkan
diseluruh pelusuk dunia.
Kami mengambil inisiatif bahawa Intifadhah Asean ini akan menjadi
pembinaan gelombang penentangan secara berterusan terhadap AS dan Israel
berkaitan isu pembebasan Palestin di rantau ini.
Sebagai agenda mengerakkan Intifadhah Asean ini, MAPIM akan
mengembleng seluruh masjid dirantau Asean untuk bergabung dalam Alliansi
Masjid Mempertahankan al-Aqsa (AMSA) sebagai sebuah platform bagi
membangkitkan perlawanan ke atas agenda Zionis Yahudi yang memperalatkan
Amerika Syarikat.
Intifadhah Asean ini bertujuan bagi menghidupkan isu Baitul Maqdis
dirantau ini disetiap peringkat: kerajaan, masyarakat sivil, ulama,
cendikiawan, ahli politik, gerakan pelajar, golongan professional,
pemimpin akar umbi dan komuniti perdagangan.
Mesej utama Intifadhah ialah pembebasan Baitul Maqdis dan Palestin serta mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Mapim yakin dengan intifadhah dari bawah yang disokong oleh pemerintah, isu Baitul Maqdis akan sentiasa segar dan aktif.
Antara manifestasi Intifadhah Asean yang Mapim akan terjemahkan ialah
melancarkan Boikot ke atas Amerika Syarikat dan Israel serta menuntut
agar segala pelaburan dipindahkeluar dari Amerika Syarikat.
Sementara itu semua ahli Parlimen Asean akan diminta bergabung dan
menyatakan pendirian mereka terhadap isu Baitul Maqdis dan Masjid
al-Aqsa.
Mapim akan mengambil inisiatif untuk menghubungi seluruh Ahli
Parlimen Asean supaya mengadakan persidangan khas untuk isu yang
berkenaan dan merumus serta melulus usul khas mengenai isu Jeruselem
untuk diketengahkan kepada komuniti antarabangsa.
Intifadhah Asean juga akan mengembleng masyarakat untuk melancarkan
pelbagai gerakan dan kempen anti kolonialisasi Amerika Syarikat dan
pengYahudian Baitul Maqdis oleh Zionis melalui pelbagai saluran seperti
media sosial dan media perdana, untuk mendesak Trump membatalkan
keputusannya. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan