
Kerajaan akan mencari mekanisme baharu yang lebih baik dan berkesan dalam menangani isu penipuan pakej umrah di negara ini susulan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kaedah baharu itu akan diperhalusi dan memberi jaminan hanya mereka yang beragama Islam akan terlibat mengendalikannya.
Menurutnya, mekanisme itu akan meliputi semua aspek termasuk cadangan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Mekanisme baharu itu pastinya akan lebih cekap dan tidak membebankan pengguna. Kementerian memberi jaminan mekanisme baharu itu adalah 100 peratus Islam. Kita ambil kepentingan isu sensitiviti,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Ia berlangsung susulan pembatalan pelaksananaan IMAMS yang diumumkan Mas Ermieyati lebih awal dalam kenyataan di laman sosial beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan