SUNGAI PETANI: Seorang penjual ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret
Sungai Petani, Kedah kerana tuduhan membunuh seorang pemberi pinjaman
wang tidak berlesen (Ah Long), awal bulan ini.
Tertuduh, Muhammad Amirul Khairol, 19 tahun, hanya mengangguk faham
ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Farid Abd
Latif.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Liu Chee Wei, 25
tahun, di Taman Arked di sini antara 2.30 hingga 3.30 petang, 4 Dis
lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan 21
Feb depan sebagai tarikh sebutan kes bagi laporan bedah siasat.
Sebelum ini, tertuduh dikatakan tertekan apabila gagal menjelaskan
hutangnya sebanyak RM2,000 dan bertindak menikam dada kiri mangsa
sehingga mati.
Tertuduh dikatakan perlu membabayar RM26 setiap hari untuk menjelaskan hutang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan