KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu melihat
Dewan Negara mempunyai 30 peratus Senator wanita pada masa akan datang.
Menurutnya, langkah itu bagi memperlihatkan wanita mempunyai kuasa dalam menggubal undang-undang negara sama taraf dengan Senator lelaki di negara ini.
“Sekiranya dapat memperoleh majoriti yang diperlukan dalam pilihan raya, kami boleh mengenakan kuota untuk Dewan Negara mesti terdiri daripada tidak kurang daripada 30 peratus Senator wanita.
“Saya ingin melihat cadangan itu, sebabnya saya harap saya boleh mendapat mandat yang kuat dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Wanita dalam Politik Kuala Lumpur 2017 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditemani Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim dan Menteri Pendidikan, Datuk Madzhir Khalid.
Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia akan dijadikan manifesto Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Jika BN menang, kita akan ada pindaan Perlembagaan Persekutuan di mana akan ada 30 peratus wanita dilantik kepada Senator.
“Apa pun kita kena menang PRU14, ini satu cabaran yang diberikan kepada Perdana Menteri di mana kita terima cabaran itu,” katanya pada sidang media hari ini.
Ujarnya, ramai calon-calon wanita UMNO yang layak untuk dilantik selaku Senator namun semua itu bergantung kepada peluang yang diberikan kepada mereka.
Untuk rekod, bilangan Senator wanita setakat ini cuma berjumlah 12 orang sahaja. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan