THE MALAYSIAN TIMES
PUTRAJAYA: Adik menteri besar Selangor, selebriti Azwan Ali hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan dan menyerahkan dokumen mengandungi maklumat tertentu.
Azwan yang masuk ke pejabat SPRM pada kira-kira 10 pagi keluar sejam kemudian.
Ditanya pemberita berhubung keterangan dan dokumen yang diserahkan, Azwan berkata, dokumen yang dikompilasi berbentuk buku itu mengandungi maklumat berhubung salah laku, rasuah dan kehidupan melampau seorang individu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan apabila ditanya sama ada individu itu ialah anggota keluarganya atau seorang pemimpin.
“Tunggu sahajalah selepas ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan