DI AMBANG Perang
Teluk, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijemput sebagai tetamu kehormat ke
Saudi. Beliau dan delegasinya diberi layanan yang cukup istimewa,
kemudian disua tawaran bantuan oleh Kerajaan Saudi.
Beliau tidak melayan dorongan lobi politik tersebut, sebaliknya mengajukan soalan yang serius kepada pihak Saudi
Mengapa biarkan Israel
Tuan Guru mengajukan soalan, mengapa negara-negara Arab seperti
Saudi membiarkan Israel menjarah bumi umat Islam, Palestin? Sedangkan
negara-negara Arab umat Islam boleh mengepung Israel?
Wakil Saudi menjawab:"Jika kami menyerang Israel, dibimbangi negara-negara Arab
seperti kami tidak cukup kuat melawan mereka. Yang lebih membimbangkan,
dari kekalahan tersebut memberi ruang kepada Israel untuk meluaskan
sempadannya melampaui negara-negara Arab. Maka kami fikir, adalah lebih
baik kami tidak ganggu Israel agar Israel tidak mengganggu kami. Itu
lebih selamat untuk semua."
Iktibar dari kekalahan Nazi
Lantas Tuan Guru menjawab berdasarkan pengajaran sejarah:Sepatutnya kamu buat pakatan kukuh sesama negara Arab untuk
menangani Israel secara serius. Apakah kamu tidak membaca sejarah? Nazi
Jerman yang cukup canggih dan kuat persenjataannya, akhirnya kalah
kerana kegopohan serangan kilat (blitzkreig) mereka. Mereka ghairah
menyerang negara-negara keliling. Sememangnya ketika pusingan awal, Nazi
berjaya menguasai Perancis, kemudian menceroboh sebahagian Soviet.
Ketika itu Hitler menyambut kemenangan menawan Eropah. Namun setelah
berdepan dengan Tentera Berikat, Nazi yang kuat itu kalah kerana tidak
berdaya menanggung momentum serangan di segenap penjuru. Akhirnya Nazi
kalah akibat keghairahan mereka sendiri meluaskan kuasa tanpa mengira
momentum musuh mereka. Sepatutnya kamu negara-negara Arab buat Israel
macam sejarah hancurnya Nazi Jerman."
Wakil Saudi terdiam dan hanya menjawab:
"Oh, kami bukan ahli politik."
Sejarah ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Abdul Hadi kepada
kami. Riwayatnya semakin memahamkan kami bahawa betapa pentingnya ilmu
sejarah demi mendepani realiti.
Umat yang berdikari
Benarlah janji Nabi, bahawa yang benar-benar serius menentang
Yahudi Zionis adalah Muslim berjiwa hamba Allah. Bukan hamba kepada
Barat dan penganut-penganut Islamphobia.
Apabila Nabi ditanya, siapakah dan di manakah golongan yang cekal
mempertahankan kebenaran, tanpa mengira sebesar mana pun risiko yang
dihadapi? Lantas Nabi menjawab:
بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ , وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ"Mereka berada di Baitul Maqdis dan keliling Baitul Maqdis"(HR Ahmad)
Jika kita melihat gelagat negara-negara Arab, mereka konsisten mengecewakan umat. Mereka bukan sekadar tidak serius mendepani Israel, bahkan dilihat memberi ruang kepada negara haram tersebut agar terus selesa berkuasa. Yang lebih malang, isu Palestin dijadikan wayang oleh negara-negara dan para pemain politik yang memperdaya umat demi kepentingan politik masing-masing.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMADKetua Urusan UlamakPAS Kawasan KlangHARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan