HALAMAN SANTAI

Sabtu, 16 Disember 2017

Sg Yu: SPRM perlu siasat secara profesional - Azmin

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri terbuka dalam siasatan semula yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu pemberian tanah Kampung Sungai Yu, di Tanjung Karang Selangor.
 
Namun tegas Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, suruhanjaya berkenaan hendaklah menjalankan siasatan mereka secara profesional tanpa campur tangan eksekutif.
 
“Seperti yang saya tegaskan, kita mahu agensi penguatkuasa termasuk SPRM bertindak secara profesional dan tidak dipengaruhi mana-mana tangan eksekutif.
 
“Ini bukan soal buka atau tutup (kes) tetapi bertindak secara profesional, jangan ikut arahan Noh Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” kata Azmin kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Masjid Seksyen 24, Shah Alam, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Noh yang juga Pengerusi BN Selangor semalam bahawa kerajaan negeri berfikiran sempit kerana mempertikai siasatan semula skandal pemberian tanah Kampung Sungai Yu, di Tanjung Karang oleh SPRM Putrajaya.
 
Noh berkata langkah pihaknya menggesa siasatan semula oleh SPRM itu juga adalah susulan kenyataan dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Hannah Yeoh minggu lepas, selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai , Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).
 
Katanya, Yeoh, yang juga ADUN Subang Jaya menyatakan pemberian milikan tanah kepada 175 individu terbabit tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
 
 

Tiada ulasan: