KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 15 individu termasuk seorang Exco kerajaan negeri Selangor bagi membantu siasatan
skandal pemberian tanah di Kampung Sungai Yu.
Antara yang dipanggil memberi keterangan itu adalah saksi-saksi dari
Pejabat Daerah dan Tanah, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,
Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), wakil penduduk
serta wakil kuil.
Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, berkata
lebih ramai lagi dijangka akan dipanggil SPRM bagi tujuan mengumpul
bukti serta melengkapkan kertas siasatan.
"Pasukan penyiasat ketika ini masih dalam proses meneliti
dokumen-dokumen yang diambil daripada pejabat tanah Kuala Selangor dan
beberapa ahli Exco minggu lalu.
"Ia bagi tujuan mengumpul bukti-bukti dan maklumat-maklumat bagi
membantu siasatan terbabit," katanya dipetik laporan BH Online.
Pada 8 Disember lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga
Pengerusi SELCAT Hannah Yeoh, mengumumkan proses pemberian milikan tanah
Kampung Sungai Yu kepada 175 pemohon didapati tidak mematuhi syarat.
Susulan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh
Omar, mendesak SPRM menyiasat perkembangan terbaru skandal berkenaan,
yang membabitkan tanah seluas 14.4 hektar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan