HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Disember 2017

Tindakan lima Srikandi PPBM keluar parti sudah dijangka

ANTARAPOS

 Post Pic

 
PENDANG: Lima pemimpin Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah yang bertindak keluar meninggalkan parti itu semalam sudah lama dijangka.
 
Ketua Wanita Umno Pendang, Datuk Suraya Yaacob berkata tindakan mereka itu menunjukkan ahli PPBM mulai sedar dan tidak mahu terus diperalatkan oleh parti yang tiada agenda dan hala tuju perjuangan.
 
"Bagi Wanita Umno Bahagian Pendang, tindakan lima pemimpin Srikandi itu keluar parti merupakan suatu perkara yang telah lama dijangka...ramalan itu terbukti tepat apabila ramai yang keluar parti itu terutama sejak akhir-akhir ini," katanya dalam kenyataan.
 
Dalam pada itu, Umno yang mengamalkan budaya politik matang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menilai suasana politik PPBM ketika ini.
 
Kata Suraya, budaya cacian dan kutukan dengan memberi pelbagai gelaran negatif adalah perkara biasa dalam PPBM apabila ada ahlinya yang meninggalkan parti berkenaan.
 
"Tindakan itu juga mungkin satu propaganda politik yang sengaja dibuat untuk menakut-nakutkan mereka yang sudah tak tahan bersama PPBM, terutama melalui media sosial.
 
Suraya berkata sejak PPBM ditubuhkan setahun lalu, antara masalah yang sering menjadi ketidakpuasan hati anggotanya ialah corak dan budaya politik parti itu yang bersifat 'kuku besi' serta tidak menghiraukan suara akar umbi dan kronisme aristokratik.
 
Katanya, budaya yang diamalkan PPBM adalah jauh berbeza dengan Umno yang tidak mengamalkan corak demikian dan tidak pernah menghalang anggotanya untuk keluar Umno dan sertai PPBM.
 
"Kami tidak halang mereka ketika mahu keluar parti dan sertai PPBM dulu. Kami juga tak pernah tuduh mereka 'makan dedak' atau gelar dengan gelaran kesat sebagaimana yang dihamburkan oleh pihak tertentu kepada mereka selepas meninggalkan PPBM. Itu bukan sikap Wanita Umno," katanya.
 
Semalam, lima pemimpin Srikandi PPBM termasuk seorang Exco Srikandi Malaysia daripada tiga bahagian di negeri ini, mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.
 
Mereka terdiri daripada Exco Srikandi Malaysia merangkap Ketua Srikandi PPBM Kuala Kedah Zuraini Kamal serta dua Anggota Jawatankuasa (AJK) PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat yang juga Ketua Srikandi PPBM Pendang dan Rukiza Abu Bakar yang merupakan Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena.
 
Dua lagi adalah AJK Srikandi PPBM Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad.
 
 

Tiada ulasan: