MUAR: Dua lagi mayat dipercayai kru kapal pengorek JBB Rong Chang 8
ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.
Mayat pertama dilihat tiba di Pusat Operasi SAR di Pantai Leka, di sini pada pukul 11.10 pagi.
Mayat kedua yang dibawa ke lokasi sama oleh bot milik Pasukan Polis Marin (PPM) tiba kira-kira pukul 12 tengah hari.
Penemuan tersebut menjadikan empat mangsa terkorban, manakala nasib
sembilan lagi kru kapal berkenaan masih belum diketahui dalam operasi
SAR yang memasuki hari keempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan