KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak Najib menjelaskan
beliau tidak pernah mencuri wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri berkata, ini dibuktikan menerusi laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) setebal 106 muka surat berhubung siasatan 1MDB yang tidak menyebut beliau bersalah.
Malah, katanya syarikat pelaburan strategik kerajaan itu menjadi sejarah dalam negara kerana paling banyak disiasat oleh banyak pihak berkuasa antaranya Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
“Adakah duit derma daripada Kerajaan Arab Saudi adalah duit 1MDB, jawapannya tidak sama sekali.
“Maka atas isu ini, saya ingin menjelaskan laporan itu membuat kesimpulan saya tidak membuat kesalahan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog sebelum majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEX) di sini malam ini.
Sesi dialog itu dikendali moderator, Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala.
Soalan itu dikemukakan melalui emel kepada Pemandu.
Menjawab soalan bahawa negara bakal muflis kerana banyak berhutang, Najib yang juga Menteri Kewangan menyifatkan ia tidak berasas.
Beliau berkata, hutang negara kekal terkawal dan berkadar 50.8 peratus tahun ini, berbanding paras tertinggi iaitu 100.3 peratus pada 1986.
“Kalau ikut logik, tempat kita adakan program ini, MITEC sudah hebat, justeru tidak mungkin sebuah negara yang bakal muflis boleh bangunkan kompleks seperti ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan