PADANG TERAP – Tindakan Pakatan Harapan yang tidak akan mengumumkan calon lebih awal kononnya bagi mengelak calonnya itu ‘dibeli’ Barisan Nasional (BN), menunjukkan bahawa parti itu tidak yakin dengan calon mereka sendiri.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata dakwaan yang dibuat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad adalah taktik bagi menutup kelemahan pembangkang yang ketandusan calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Pakatan Harapan ini parti baharu jadi mereka sendiri tak tahu siapa yang nak dikemukakan sebagai calon untuk PRU. Tambahan nampak mereka tidak yakin dengan calon sendiri sebab tu bimbang takut mereka mudah dibeli.
“Dulu masa jadi perdana menteri, dia (Tun Mahathir) beli calon juga ke..Dia tidak seharusnya menyalahkan orang lain dengan membuat dakwaan-dakwan seperti itu kerana apa yang dia cakap itu tidak benar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Tun Mahathir pada ‘Jelajah Selamatkan Malaysia’, semalam berhubung Pakatan Harapan yang tidak mengumumkan calon lebih awal bagi mengelak calon tersebut dibeli Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengalahkan parti tersebut.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan