HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Mac 2018

10,000 pengundi Selangor mohon halang persempadanan p’raya


 Bersih


KEADILAN DAILY


Seramai 107 individu hari ini memohon untuk menghalang pembentangan laporan persempadanan semula pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Parlimen.

Setiap mereka yang mewakili lebih 100 pengundi memohon di Mahkamah Shah Alam untuk membantah notis kedua SPR mengenai pelaksanaan persempadanan semula di Selangor.

Mereka termasuk bekas pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan beberapa anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang lain.

Pemangku pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari pada sidang akhbar berkata 107 individu itu mewakili lebih 10,000 pengundi di Selangor daripada 17 kawasan DUN dan 11 kawasan Parlimen.

“Kami memfailkan kes ini untuk memohon satu perintah penangguhan atas apa-apa pembentangan, perbincangan, perbahasan atau pengundian di Parlimen mengenai laporan akhir mengenai persempadanan semula,” kata Shahrul Aman, memetik Malaysiakini.

Selain SPR, permohonan itu juga menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Shahrul berkata permohonan itu difailkan kerana SPR gagal menjalankan siasatan atau inkuiri awam untuk kumpulan yang memfailkan kes masing-masing walaupun mereka telah mengemukakan bantahan.

“SPR tidak memaklumkan kami tentang status perwakilan kami atau laporan sesi siasatan mereka walaupun kami telah menghantar dua surat rasmi kepada SPR pada 28 Feb dan 12 Mac,” katanya.

Pada 9 Mac lalu, SPR berkata mereka telah selesai melaksanakan proses persempadan semula kawasan pilihan raya dan laporan akhir telah diserahkan kepada perdana menteri.

Tiada ulasan: