Wartawan Watan-Online
Legasi kepemimpinan diktator Tun Dr Mohathir Mohamad akan berulang sekiranya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bakal kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata pembangkang sudah terperangkap dengan kelicikan lakonan bekas perdana menteri itu yang kononnya sudah insaf.
“Sekali jadi diktator, selamanya akan jadi diktator.
“Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih terpaksa menanggung beban yang diciptanya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Sabah di Kota Kinabalu, pada Sabtu.
Tegas Khairy, beliau pernah menyenaraikan semua kesalahan dan kelemahan sepanjang pentadbiran Mahathir, ketika membuat ucapan dasar Pemuda UMNO dalam perhimpunan agung parti itu.
“Sebagai contoh, banyak perjanjian berat sebelah dimeterai ketika beliau menjadi perdana menteri, seperti penswastaan besar-besaran yang banyak menyebelahi syarikat swasta.
“Serangan turut dibuat ke atas sistem kehakiman negara bila memecat ketua hakim dan masalah ini kemudiannya diperbetulkan ketika Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata Karnival Kerjaya BN akan diadakan di Sabah pada 8 April depan mensasarkan generasi muda Sabah selain membersihkan dakwaan pembangkang kononnya Malaysia ketandusan peluang pekerjaan.
“Kami nak rakyat Malaysia tahu negara ini masih ada peluang pekerjaan,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan