Orang ramai diseru
salurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti militan IS di negara
ini, kata Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata
langkah itu sangat penting dalam menangani isu keganasan di negara
ini kerana ia sangat membimbangkan.
“Serangan
pengganas IS merupakan isu yang sangat membimbangkan kita dan ia
sangat dipandang serius oleh KDN.
“Jika ada
tanda-tanda kegiatan keganasan dan orang ramai tahu tentang sesuatu
perkara yang luar biasa, ia harus dilaporkan kepada polis.
“Orang ramai
harus melaporkan dan membantu polis, kami akan ambil apa-apa tindakan
yang perlu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari
ini.
Muhyiddin berkata
demikian ketika ditanya ramalan penganalisis yang mengatakan bahawa
rantau ini mungkin menjadi hab seterusnya keganasan IS.
Sebelum ini, Malay
Mail melaporkan rantau Asia Tenggara digelar barisan kedua
serangan pengganas IS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan