Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Dr Rais Yatim membidas tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).
Katanya, keputusan itu dibuat ‘secara unilateral’ tanpa menunggu perbincangan kementerian pendidikan dan merujuk kepada kabinet.
“Kamu sekarang membuatkan kita ada dua saluran rasmi pendidikan.
"Dalam pendidikan undang-undang kamu iktiraf UEC, dalam sistem vernakular keputusan belum dibuat,” katanya di laman Facebook hari ini.
Menurut Rais yang juga adalah bekas penasihat sosio budaya kerajaan, Tommy kamu sepatutnya memberi sedikit masa lagi supaya kerajaan membuat keputusan.
“Tunggu dulu kementerian berkenaan untuk menyelesaikan perbincangannya. Kemudian buat keputusan selepas berunding dengan kabinet,” katanya dalam nota bantahan dimuat naik dalam laman Facebook miliknya.
Rais walau bagaimanapun membuat kesilapan
dengan menuduh timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching membuat
pengumuman mengenai pengiktirafan UEC sebagai prasyarat bagi menduduki
peperiksaan CLP.
"Lebih baik sekiranya Tommy mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu dan tidak membenarkan Teo mengeksploitasi kedudukannya.
“Pada masa ini, tidak terlalu kondusif bagi peguam negara untuk terpalit dalam kontroversi seperti ini," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, dirinya tidak mengetahui empat lagi subjek yang lain memandangkan ia diputuskan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB).
Jumaat lalu, Tommy yang juga adalah pengerusi LPQB mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM dan A-Levels bagi tujuan menduduki peperiksaan CLP.
Menurut Tommy mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil UEC ialah lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada peringkat Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat SPM / 0-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama.
LIHAT FB DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan