TANJUNG MALIM:
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melaksanakan tuntutan Perlembagaan PAS
dengan melangsungkan Muktamar Tahunan Kali Ke-36 di FELDA Residence Hot
Spring, Sungkai, di sini hari ini.
Muktamar gilang-gemilang yang membawa tema ‘Wa’tasimu’ ini turut mencatat sejarahnya apabila telah disempurnakan perasmian oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dengan semangat berinspirasi
seruan dari ayat 103 surah Ali Imran itu, muktamar ini membawa mesej
perpaduan ummah menerusi praktik Ta'awun Siyasi dengan Islam sebagai asasnya.
Di mana seluruh perwakilan dan
pemerhati termasuk tetamu jemputan di bawa kepada realiti di bumi
Malaysia tercinta pada hari ini yang menuntut seluruh umat Islam untuk
bersatu-padu.
Iaitu dengan menggembleng
tenaga menentang segala kemungkaran, penyelewengan, pemikiran serta
pengkhianatan terhadap sendi negara yang telah dipersetujui bersama
melalui Kontrak Sosial.
Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz
Mohd Akmal Kamaruddin dalam ucaptamanya menggesa para amilin gerakan
Islam supaya mengutamakan prinsip Islam dan agenda perpaduan ummah.
Mereka juga diingatkan dengan
sejarah turun ayat tersebut yang berkaitan peristiwa gangguan musuh
Islam terhadap agenda perpaduan ummah hingga menggugat dan melemahkan.
“PAS tegas dengan prinsip namun anjal dalam strategi. PAS bersama rakan tahaluf melalui Gagasan Sejahtera bersama IKATAN, BERJASA serta 200 NGO dan NGI.
“Kini PAS turut melaksanakan ta’awun siyasi bersama Umno dan Barisan Nasional. Asasnya jelas. Terima Islam,” ujarnya yang juga merupakan Adun Selama.
Menurut beliau, kini adalah
masanya untuk bangkit atas nama kebenaran dan keadilan merentasi
sempadan politik kepartian ke arah membangun negara sejahtera dan
menghadapi kebobrokan pemerintahan Kerajaan PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan