
GOPENG – Seketul tulang ditemukan penduduk kampung ketika menjalankan operasi mencari Muhammad Ashraf Hassan peserta larian yang hilang sejak 23 Mac lalu.
Bagaimanapun,
setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada tulang terbabit milik
haiwan atau manusia selepas ia ditemui kira-kira jam 1.30 petang,
semalam di sekitar Gua Kandu, di sini.
“Berdasarkan
keadaan fizikal tulang itu, ia berkemungkinan tulang lama, apa pun kita
perlu dapatkan keputusan analisis makmal dahulu untuk tentukan sama ada
ia tulang haiwan, manusia atau Orang Asli dulu-dulu,” katanya.
“Sehingga hari ini, operasi mencari masih digerakkan penduduk kampung di semua kawasan terlibat larian termasuklah Gua Kandu.
“Ada juga sukarelawan luar yang datang bantu, tapi hanya dalam kumpulan kecil, tidak seperti sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, lokasi penemuan memang jarang dilalui penduduk kerana terletak di lokasi agak ke dalam di belakang Gua Kandu.
Mohammad
Ashraf, 29, yang dikenali sebagai Acap disedari hilang selepas mangsa
tidak tiba di garisan penamat ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail
(GUT) 2019, Mac lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan