HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 April 2019

PAN nafi MP Temerloh meninggal dunia


Manzaidi Mohd Amin


Mohd Anuar Mohd Tahir
Mohd Anuar Mohd Tahir



KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menafikan khabar angin bahawa Ahli Parlimen Temerloh yang juga Setiausaha Agung parti itu, Mohd Anuar Tahir meninggal dunia.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung PAN, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, laporan yang tersebar melalui audio itu tidak benar dan sengaja dilakukan pihak yang memusuhi wakil rakyat itu.

“Kami ingin menegaskan, rakaman audio yang tersebar itu adalah palsu.

“Amat dikesali kerana wujud sikap segelintir pihak yang terus menyebarkan fitnah bagi menimbulkan rasa panik dalam kalangan masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette



Tiada ulasan: