Dr Mahathir Mohamad dijangka menegaskan pendirian berkaitan keperluan Laut China Selatan kekal bebas daripada kegiatan ketenteraan dalam pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping di Beijing minggu ini.
Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, perdana menteri akan menegaskan keperluan supaya perairan itu kekal bebas.
Mahathir akan berucap dalam dua acara pada forum Belt and Road untuk kerjasama antarabangsa bersama 40 pemimpin, termasuk 10 dari Asean.
Kali terakhir mesyuarat itu berlangsung pada 2017.
Pertikaian di Laut China Selatan dijangka antara tajuk penting akan disentuh dalam pertemuan itu.
Sejak mula-mula mengambil alih pentadbiran negara, Mahathir telah beberapa kali mengulangi pendirian supaya lautan itu bebas dari kapal perang.
Beliau tidak menyebut secara khusus pihak mana tetapi ia dipercayai merujuk kepada China dan Amerika Syarikat yang menunjukkan minat pada laluan di perairan Malaysia.
Mahathir juga berkata pendtabirannya berpuas hati dengan kawalan terhadap beberapa pulau dalam perairan dipertikaikan, yang kaya dengan ikan dan mungkin mempunyai hasil minyak.
Sementara itu, Mahathir juga dijangka mengucapkan terima kasih kepada pemimpim-pemimpin China kerana bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk mengurangkan kos Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan