Meskipun kerajaan menghadapi kekangan wang, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini mengumumkan Putrajaya akan memberikan pembayaran insentif RM500 kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurut Mohamad, pemberian secara sekali sahaja itu akan diberikan menjelang hari raya Aidilfitri nanti melibatkan seramai 159,368 orang veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.
"Walaupun kekangan kewangan, kita cari jalan. Saya beberapa kali ke Kementerian Kewangan berusaha supaya dapat diagihkan sedikit kepada veteran ATM.
"Dan setelah dicari jalan, akhirnya diberi kepada veteran ATM menjelang hari raya nanti lebih RM79.68 juta," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, Jabatan Veteran Negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan permohonan bantuan tersebut itu.
Permohonannya akan dibuka bermula 14 April 2019 dan pembayaran akan dilakukan pada 27 Mei 2019.
Katanya, jumlah veteran yang menerima insentif itu kali ini lebih ramai berbanding tahun 2017, iaitu 43,000 veteran tidak berpencen menerima bantuan tersebut bawah Bantuan Bakti Negara itu kali ini
"Pemberian ini merupakan penghargaan berterusan daripada kerajaan PH kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan kepada negara.
"Ia adalah usaha berterusan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM," katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan