Bernama
Bung Moktar menegaskan kerjasama yang dinyatakan itu bukannya kerjasama untuk membentuk kerajaan negeri baharu. - fotoBERNAMA
KOTA KINABALU:
Soal kerjasama yang dibangkitkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada
parti pembangkang sebelum ini adalah lebih kepada kerjasama untuk
membangunkan Sabah serta meningkatkan ekonomi rakyat yang terjejas
susulan pandemik COVID-19.
Timbalan
Pengerusi I Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Bung Moktar Radin
menegaskan kerjasama yang dinyatakan itu bukannya kerjasama untuk
membentuk kerajaan negeri baharu.
Justeru,
beliau meminta pembangkang di negeri itu supaya tidak memanipulasi
istilah kerjasama yang dinyatakan PBS itu sebagai kerjasama politik.
"Malah
kami dalam GRS bersedia menjalin kerjasama dalam idea dan pandangan
membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan
di sini hari ini.
Menurutnya, walaupun
kerajaan negeri ditadbir oleh GRS, ia tidak bermakna kerajaan tidak
mendengar pandangan serta cadangan daripada pembangkang yang boleh
membawa kebaikan untuk negeri dan kesejahteraan rakyat.
"Kami tidak menutup pintu. Setiap input baik
dan saranan positif daripada pembangkang akan kami dengar dan
memperhalusinya," kata Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri
Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas isu pembentukan kerajaan negeri baharu
mengaitkan antara kerjasama PBS dan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang
hangat diperkatakan termasuk di media sosial.
GRS
merupakan gabungan daripada parti dalam Perikatan Nasional (Bersatu,
Parti Solidariti Tanah Airku - Star, Parti Progresif Sabah - SAPP dan
Pas); BN (UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PBS.
Bung
Moktar menyifatkan isu itu hanyalah sebagai khabar angin yang cuba
dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat.
Menurutnya,
tidak mungkin berlaku pertukaran kerajaan baharu kerana perjanjian
antara gabungan parti dalam GRS telah dimeterai sebelum ini dalam usaha
memastikan kestabilan politik Sabah.
"Kerjasama
boleh wujud dalam banyak bentuk dan tidak semestinya bergabung untuk
membentuk jajaran parti politik baharu," katanya, sambil meminta rakyat
Sabah agar tidak terpengaruh dengan propaganda dimainkan pihak tidak
bertanggungjawab yang sengaja mencipta isu demi kepentingan politik
mereka.
Baru-baru ini, Presiden Warisan
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyatakan hasrat menjalin kerjasama dengan
PBS dan parti nasional lain di Semenanjung bagi membina sebuah negara
lebih baik untuk rakyat.
Susulan daripada
itu, Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili menyambut baik hasrat
berkenaan dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana
parti politik tempatan termasuk Warisan.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan