HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Mei 2021

Kecoh sampin Bersatu seakan-akan sama macam Pemuda UMNO

Muhammad Azizul Osman
Samping yang memaparkan lambnag Bersatu dipakai oleh individu dipercayai ahli parti itu
Samping yang memaparkan lambnag Bersatu dipakai oleh individu dipercayai ahli parti itu

KUALA LUMPUR – Satu gambar menunjukkan seorang induvidu memakai sampin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) tular hari ini.

Paling memeranjatkan, ia kelihatan seakan-akan sampin yang biasa dipakai oleh ahli Pergerakan Pemuda UMNO  berwarna merah dan hitam.

Gambar itu dimuatnaik veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Facebooknya hari ini.

“Tak tahu nak marah atau nak ketawa. Omputih kata: Imitation is the best form of flattery.

“Tapi mereka tiru kerana nak kelirukan. Parti Bunga (Bersatu) tiru UMNO sehingga ke sampin Pemuda UMNO,” katanya hari ini.

Jika dibandingkan, kedua-dua sampin milik Bersatu dan UMNO hampir sama daripada segi rekaan namun ia dibezakan dengan  lambang kedua-dua parti sahaja.

Shahrir dalam pada itu sinis mempersoalkan mengapa logo Bersatu itu tidak ditulis dalam perkataan Jawi seperti mana lambang UMNO.

“Agaknya kalau adalah orang Bunga yang pandai seni khat, logo PPBM pun dibuat serupa dengan logo PKMB,” katanya sinis.

Sementara itu, seorang netizen, Nin Anitra berkata, langkah itu dilihat cuba untuk mengelirukan rakyat dengan menggunakan pendekatan sama seperti UMNO.

“Mereka tiru dgn tujuan nak kelirukn rakyat. Hati-hati. Mereka ada perancangan tu,” katanya dalam komen terhadap status bekas pengerusi Felda itu.

Pihak MalaysiaGazette cuba mendapatkan respon daripada parti Bersatu mengenai dakwaan itu yang tular hari ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: