HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Mei 2021

Ketika kes Covid-19 tinggi, pemimpin UMNO sokong pula rusuhan pemuda di Batu Pahat

AGENDA DAILY

Polis menyiasat perhimpunan pembakaran flare di Parit Raja, Batu Pahat, malam semalam mengikut Seksyen 144 dan 269 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

 

Seorang pemimpin UMNO dari Johor menyatakan sokongan kepada sekumpulan perusuh yang berhimpun dan membuat kekecohan yang berlaku di Batu Pahat semalam pada ketika negara sedang berdepan penularan wabak Covid-19 dan petugas hadapan pula sudah letih berjuang di lapangan menyelamatkan nyawa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada kumpulan yang berhimpun di Parit Raja, Batu Pahat bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan membidas tangkapan yang dibuat oleh pihak polis.

“Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja. Bukan itu sahaja, ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk ‘Kerajaan Gagal.Puad seterusnya mengucapkan tahniah kepada orang

“Semoga PM 8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berpijak di bumi nyata. Tahniah orang Parit Raja,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Semalam, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh dengan membakar flare di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial, sementara yang lainnya sedang diburu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata lelaki tempatan berumur 21 tahun itu ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat.

Katanya, sebelum itu, polis telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ yang digantung di sebuah jejantas di Jalan Parit Raja menuju ke Ayer Hitam pada jam 11.04 pagi ini.

“Beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja telah pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam,” katanya lagi.

Puad juga menafikan terlibat dalam rancangan perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan: