HALAMAN SANTAI

Jumaat, 14 Mei 2021

Ketika umat Islam sabar sambut raya, MP DAP kata PKP 3.0 olok-olok

AGENDA DAILY

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 diumumkan bermula 12 Mei hingga 6 Jun.

 

Umat Islam seluruh negara bersabar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi membendung penularan Covid-19 yang sedang mengganas, bagaimanapun tidak bagi seorang Ahli Parlimen DAP Steven Sim berbangsa Cina yang cuba membangkitkan kemarahan orang ramai dengan mendakwa PKP kali ini disengajakan.

Dakwaannya bahawa PKP 3.0 ‘olok-olok” seolah-oleh sengaja mahu mencetuskan sentimen rakyat agar turut memprotes pelaksanaan itu namun cubaanya itu gagal kerana rakyat rata-ratanya memahami keadaan semasa di mana pandemik Covid-19 sekarang ini semakin ‘menggerunkan’.

“Kita tidak punya pilihan lain. Kerajaan patut berhenti bermain dengan kehidupan rakyat dengan strategi PKP olok-olok.

“Lebih baik kita menaruh segala usaha untuk mempercepatkan proses vaksinisasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun dalil yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu dangkal tatkala mendakwa bahawa PKP kali ini tidak serius kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedaya upaya berhabis usaha untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

Steven Sim harus ingat bahawa kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akbarnya 11 Mei, juga memaklumkan bahawa polis perlu mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu termasuk orang kenamaan seperti selebriti dan ahli politik yang didapati melanggar SOP perintah kawalan pergerakan.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat yang kerajaan seolah-olah memberi layanan istimewa kepada golongan berkenaan.

Gerakan dakyah Steven Sim itu, nampaknya tidak berhasil apabila pada hari raya pertama semalam rata-rata orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan pada PKP 3.0 kali ini.

Misalnya di Kelantan, meskipun sebelum raya, rakyat negeri itu dilihat berdegil kerana ada yang sanggup melanggar SOP, namun menjelang raya pertama semalam menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat selepas membuat tinjuan mendapati rakyat di negeri itu mematuhi SOP yang dikenakan apabila kenderaan di jalan raya, dilihat berkurangan.

“Rakyat Kelantan patuh SOP, kenderaan di jalan raya berkurang.” demikian menurutnya.

Muhyiddin pada Isnin, 10 Mei lalu mengumumkan PKP kini diperluas ke seluruh negara dan berkuatkuasa 12 Mei hingga hingga 7 Jun 2021. Namun, semua sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

Antara, syarat PKP 3.0 itu adalah penjualan makanan hanya dibenarkan secara pandu lalu dan bungkus sahaja, manakala makan di restoran adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Hanya tiga individu dibenarkan berada dalam satu kenderaan termasuk pemandu bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.

Majikan juga diwajibkan melaksanakan dasar bekerja dari rumah dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.

Semasa sambutan Aidilfitri, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur adalah tidak dibenarkan.

Solat sunat Aidilfitri pula tertakluk pada kapasiti masjid dan surau – tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.

Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.

Selain itu, operasi rumah ibadah bukan Islam juga akan diperketatkan

Tiada ulasan: