HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Mei 2021

Longgar sikit PKP, beri pelepasan penduduk sempadan dua negeri – Zahid

Wartawan MalaysiaGazette
The Chairman of Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 23 AUGUST 2020 parliament sitting MCO
Ahmad Zahid Hamidi PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette 

KUALA LUMPUR – Beri pelepasan dan sedikit kelonggaran kepada penduduk yang tinggal di sempadan negeri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid telah menerima keluhan daripada penduduk yang tinggal bersempadanan Sepang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan berhubung kesukaran mereka.

“Penduduk beritahu mereka tidak boleh ke lokasi berdekatan disebabkan dua kawasan terbabit berada di dua negeri berbeza sedangkan jaraknya tidaklah begitu jauh,” katanya.

Jelas Ahmad Zahid, penduduk yang tinggal di Sepang secara kebiasaan membeli barangan dapur di pasar raya di Bandar Baru Nilai memandangkan jarak antara rumah ke premis antara empat hingga enam kilometer sahaja.

Namun katanya, perbezaan antara dua negeri menyebabkan perjalanan mereka terhalang sekaligus menyukarkan urusan seharian.

“Oleh itu saya berharap kerajaan memikirkan semula masalah ini dengan mereka yang tinggal di sempadan diberi pelesapan asalkan tidak melebihi jarak 10 kilometer,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Ahmad Zahid juga tertarik dengan laporan media baru-baru ini berhubung dua beradik kembar yang tidak dapat meraikan hari raya bersama memandangkan rumah mereka berada di negeri berbeza.

“Seorang menetap di Sungai Merab, Sepang. Seorang lagi tinggal di Nilai yang mana masa perjalanan ke kawasan sempadan hanya kira-kira dua minit sahaja. Pada perkiraan saya ia begitu dekat namun mereka tidak dapat melakukan rentasan kerana Nilai dan Sepang bukan sahaja dua daerah berbeza tetapi negeri yang berlainan.

“Apa yang membuatkan sedikit terkilan adalah jarak perjalanan satu sama lain tidaklah jauh.

“Mereka terpaksa akur dengan kehendak kerajaan dan sekadar bertukar juadah Aidilfitri di sekatan jalan raya (SJR) sempadan daerah Sepang dan Nilai.

Apa-apa pun syukur kerana anggota polis bertimbang rasa dan membenarkan mereka menukar juadah,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: