Kecuali diiktiraf oleh mereka yang berhati hitam, menyokong keganasan dan berpendapat merampas tanah milik orang sebagai satu perjuangan yang mulia.
Gara-gara kehebatan dan kelancangan rakyat Malaysia berperang menerusi media sosial, tentera Zionis dilemahkan dengan serangan psikologi.
Menariknya, perjuangan rakyat Malaysia ini membuatkan satu dunia kenal dengan perkataan #IsraelKoyak sekali gus menjadi trending tanpa kawalan.
Sehubungan itu, apabila nama Malaysia ‘dipetik’, sahabat-sahabat di Indonesia tampil memberi amaran bahawa hanya negara tersebut yang boleh mengusik Malaysia.
Jika ada negara luar ingin menyerang Malaysia, mereka perlulah berdepan dengan Indonesia terlebih dahulu dan situasi ini menimbulkan pelbagai reaksi.
Ada yang menyifatkan hubungan Malaysia – Indonesia sememangnya berteraskan kekeluargaan serumpun dan kalau ada rasa tak suka, itu cuma perasaan nakal adik-beradik sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan