AGENDA DAILY
Dua kenyataan berbeza datang daripada Ahli Parlimen DAP dan Menteri UMNO, seorang mendakwa program bersama itu dirancang sementara seorang lagi pula menjelaskan terserempak dan meminta untuk turut serta dalam lawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.
Dalam isu program melibatkan wakil DAP, Ong Kian Ming dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, siapa sebenarnya menipu dalam menjelaskan perkara sebenar ini?
Adakah Noraini yang perlu kita percaya atau Kian Ming yang kita percaya, akar umbi UMNO pun tertanya-tanya mana satu yang betul dan jika mahu bekerjasama sekali pun biar lah jujur dalam berbicara tidak lah perlu menipu.
Dalam isu ini, akar umbi pun mahu bertanya siapa yang betul sekarang?
Noraini lebih awal mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan terserempak dengan rakannya, Kian Ming ketika berjumpa dengan sukarelawan MyVac yang tidak pulang ke kampung halaman untuk sambut Aidilfitri UKM.
“Di situ saya terserempak dengan Ong (Kian Ming). Sebelum beredar, Ong (Kian Ming) tanya hendak ke mana dan saya jawab hendak pergi ziarah pelajar UKM yang sakit dekat Sungai Merab,” kata Noraini dalam kenyataan medianya.
Kemudiaan, Kian Ming pula mengeluarkan satu kenyataan di akaun Facebooknya yang menjelaskan secara terperinci program tersebut yang dirancang bermula dengan berita yang diberitahu kepada Ahli Parlimen Bangi tersebut melibatkan seorang pelajar yang didiagnosis kanser peringkat empat.
Kian Ming kemudiaan menjelaskan memberitahu Noraini berhubung berita tersebut memandangkan kapasiti beliau selaku Menteri Pengajian Tinggi dan ia disusuli dengan program lawatan bersama bertemu pelajar tersebut.
“Baru-baru ini, saya mendapati berita yang seorang pelajar PhD di UKM (yang dibawah kawasan parlimen saya) telah didiagnose dengan Stage 4 cancer. Saya share berita ini dgn DNA dalam kapasiti beliau sbg Menteri Pengajian Tinggi.
“Upon receiving this news, she contacted the VC of UKM, Prof Ekhwan (the humblest VC I have ever met), to get the contact details of this student. After a recent visit to UKM where DNA acknowledged the contributions of the student volunteers at the COVID19 Vaccination center, she invited me to visit this student who lives nearby,” kata Kian Ming dalam kenyataannya.
Agenda Daily ingin bertanya kepada Noraini, apakah benar kenyataan Kian Ming “she invited me to visit this student who lives nearby” (Beliau (Noraini) menjemput saya untuk melawat pelajar tersebut yang tinggal berdekatan)?
Beruntung Kian Ming apabila mendapat jemputan Noraini sendiri, bukannya apa sebab Ketua-Ketua UMNO Bahagian pun susah nak dapatkan temujanji untuk bertemu Menteri ini.
Malah, program bersama Ketua-Ketua Bahagian pun boleh dikatakan jarang lah Noraini akan bersama jemputan yang dibuat, paling tidak pun hanya wakil sahaja lah dihantar.
Mungkin selepas ini ahli UMNO kena menjadi ahli DAP baharu lah mendapat layanan istimewa semacam Kian Ming ini.
Akar umbi juga ingin bertanya lagi, apakah hala tuju UMNO ketika ini, jika mahu bersama DAP lebih baik berterus-terang dan tidak perlu lah bersembunyi semacam tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berbual mesra dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelak akhirnya, akar umbi keliru dan tidak tahu hala tuju parti, apa salahnya berterus-terang sahaja lah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan