Sinar Harian
Hantaran Pas Selangor di Facebook pada Sabtu. Gambar kanan: Roslan Shahir.
AKAUN
Twitter milik Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd
Shahir didakwa digodam menunjukkan melayari laman porno yang memaparkan
rakaman video lucah.
Pas Selangor dalam
satu hantaran di Facebook berkata pihaknya kesal dengan tindakan pemain
politik yang menggunakan serangan peribadi kepada Roslan.
Menurut hantaran tersebut, perbuatan berkenaan bukan sahaja mengaibkan individu sasaran, tapi ia memalukan generasi masyarakat.
“Tindakan
sebegini memalukan dan perlu ditolak agar budaya fitnah jahat untuk
mengaibkan peribadi seseorang itu tidak berlaku pada masa akan datang,”
kata hantaran tersebut pada Sabtu.
Pada
Jumaat, akaun Twitter Roslan diserang warganet sehingga ia terpaksa
ditutup setelah didapati beliau menyukai (like) video lucah berkenaan di
media sosial.
Selain itu, akaun tersebut juga didapati menyukai video-video berkenaan sejak tahun 2017.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan