KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berharap ahli-ahli parti itu dan rakyat tidak terkeliru kononnya ada group Majlis Kerja Tinggi UMNO yang membincangkan “arahan” Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk pemimpin parti merancakkan program bersama DAP.
Tegasnya, tangkap layar (screenshot) itu adalah rekaan semata-mata.
Menurut beliau, UMNO masih berpegang teguh dengan keputusna Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi yang tidak akan bersama-sama DAP.
”Ini merupakan rekaan semata-mata seperti mana disahkan oleh Presiden dan Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Nordin yang namanya dipetik menulis dalam group itu.
”Dato’ Seri Najib bukan ahli MKT, maka tidak akan berada dalam apa-apa “group WhatsApp MKT”.
”Jika kita buka group WhatsApp kita, nama ahli group yang terpampang di atas akan mengikut urutan abjad yang di’save’ dalam telefon. Agak janggal jika dalam suatu “group MKT”, dua nama pertama yang terpampang ialah Dato’ Seri Khaled dan Dato’ Seri Najib,” ujar beliau.
Tambahnya, kalaupun semua ahli group di’save’ sebagai “Dato’ Seri”, ramai lagi ahli MKT yang nama mereka bermula sebelum huruf K dan N.
Semuanya menampakkan suatu usaha untuk melakar imej negatif kepada kepimpinan parti.
”Harap ahli dan rakyat tidak terkeliru. Keputusan PAU 2020 dan MKT kekal terpakai ke saat ini,” kata Shahril lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan