HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Mei 2021

Tiada PRK di DUN Melor - Takiyuddin

Muhafandi Muhamad
Tiada PRK di DUN Melor -  Takiyuddin
Takiyuddin berkata, tempoh darurat yang sedang berkuat kuasa tidak membenarkan PRK diadakan, selain DUN Kelantan juga menghampiri tempoh matang. - Gambar fail
 
KOTA BHARU: Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor berikutan kematian penyandangnya, Md Yusnan Yusof, pada Jumaat lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
 
Beliau menjelaskan, ia kerana tempoh darurat yang sedang berkuat kuasa tidak membenarkan PRK diadakan, selain DUN Kelantan juga menghampiri tempoh matang.
 
"Kalau kita melihat kekosongan sebelum ini... sebagai contoh di Batu Sapi... Proklamasi Darurat bermakna dalam tempoh darurat tidak akan ada pilihan raya. Selain itu, jika sudah cukup penggal (tempoh matang DUN) juga tiada pilihan raya," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri kepada Imam, Guru Halaqat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini.

Sehingga kini, pemakluman kekosongan kerusi DUN berkenaan belum diumumkan oleh Speaker DUN.
 
Md Yusnan meninggal dunia di rumahnya di Melor, di sini, selepas mengalami serangan jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir 2.28 pagi Jumaat lalu.
 
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Romaini Mat Daud, 52 dan enam orang anak.
 
Md Yusnan memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilhan Raya Umum ke-13 dan ke-14.

Tiada ulasan: