Astro Awani
Anwar
menuntut permohonan Afdlin itu dikaji semula supaya industri perfileman
tempatan kekal terbela. - Gambar/ Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menolak permohonan
geran oleh pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki sebagai bermotifkan
politik.
Beliau dalam satu
kenyataan di Facebook malam ini menuntut permohonan itu dikaji semula
supaya industri perfileman tempatan kekal terbela.
“Penolakan
permohonan geran saudara Afdlin Shauki oleh Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional Malaysia (Finas) amatlah mendukacitakan.
“Penolakan
ini bermotifkan politik dan alasan yang diberikan Finas bagi menafikan
dakwaan tersebut amat cetek dan dangkal sama sekali.
“Meski
orang yang bertanggungjawab mengemudi Finas saat ini adalah orang
politik, saya yakin isu ini dapat dilihat dan diurus tanpa pengaruh dan
kecenderungan politik,” dakwanya pada Isnin.
Memetik laporan Free Malaysia Today, Pengerusi
Finas, Zakaria Abdul Hamid sebelum ini dilaporkan berkata, penolakan
permohonan Afdlin itu sama sekali tidak membabitkan unsur pilih kasih
atau sentimen perkauman dan kecenderungan politik.
Pada
13 Dis 2020, Zakaria yang juga bekas ahli PKR, mengumumkan
penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama 300
ahli Penggerak Komuniti Negara.
Pada Ahad, Afdlin dilaporkan berkata, tidak terkejut permohonan gerannya untuk penerbitan filem “Angel of Sandakan” ditolak kerana beliau menyuarakan sokongan kepada PKR baru-baru ini.
Afdlin
yang menyertai PKR pada 31 Mac lalu berkata, projek penerbitan filem
itu bertujuan memenuhi aspirasi kerajaan untuk mendapat pencalonan atau
memenangi Anugerah Academy atau Oscars.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan