MALAYSIA POST
PENGERUSI Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak, menemplak tindakan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang melancarkan manifesto berbeza bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Beliau turut menyindir mengatakan dengan tiga manifesto berbeza yang dikeluarkan PH itu, rakyat akan ditipu berkali ganda.
“Dulu, PH keluarkan satu manifesto bersama. Kini, masing-masing keluarkan manifesto berbeza.
“Dulu, satu manifesto boleh kencing (tipu) rakyat. Kini, tiga manifesto boleh kencing rakyat tiga kali,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, merujuk kepada laporan media
mengenai PKR, DAP dan Amanah akan mengeluarkan manifesto berbeza bagi
PRN Sarawak yang akan diadakan bermula 6 hingga 18 Disember ini. –
Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan