HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Disember 2021

Ahli Umno bincang tarikh PRU15 perlu dikenakan tindakan disiplin

 MALAYSIA POST

Ahli Umno bincang tarikh PRU15 perlu dikenakan tindakan disiplin

UMNO dicadangkan mengambil tindakan disiplin terhadap ahlinya yang membangkitkan tarikh mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) nanti.

Ia disarankan Timbalan Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim yang berkata, tarikh PRU15 adalah sulit dan tidak wajar dibincangkan secara terbuka.

“Saya ingin menyarankan supaya Pengerusi Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli yang mahu membincang tentang tarikh pilihan raya umum di PAU akan datang.

“Kita mahu elak Umno jadi bahan ketawa kepada masyarakat politik di dalam dan luar negara sebab ini perkara sulit. Apa-apa perbincangan tentang tarikh PRU adalah sulit sebab ia strategi penting,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zamil menyifatkan ahli Umno yang membangkitkan perkara berkenaan secara terbuka adalah tali barut Bersatu.

“Kita tahu parti Bersatu takut kalau PRU diadakan pada tahun 2022 sebab mereka kalah teruk di Melaka.

“Kita ahli-ahli Umno perlu memilih dan mengikut pemimpin yang mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan diri sendiri. Perjuangan dan agenda parti jauh lebih penting dari kepentingan diri sendiri.

“Lembaga Disiplin perlu ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin Umno yang mementingkan jawatan dan kedudukan,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: