HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Disember 2021

PAU 2021: Umno akan patuhi ketetapan KKM, MKN

MALAYSIA POST

PAU 2021: Umno akan patuhi ketetapan KKM, MKN

UMNO memberi jaminan akan mematuhi semua peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan Perhimpunan Agung Umno (PAU) akan datang berjalan lancar.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata PAU 2021 yang dijadualkan pada 12 hingga 15 Januari depan akan dilangsungkan secara bersemuka, hibrid dan maya.

“Umno akan patuhi peraturan yang ditetapkan @KKMPutrajaya & @MKNJPM supaya segala program berjalan lancar,” katanya ringkas menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu turut memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan berhubung perjalanan PAU 2021 bersama Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Mesyuarat Umno di peringkat cawangan seluruh negara selesai pada bulan lalu dan mesyuarat peringkat sayap bahagian mula diadakan bulan ini.

Mesyuarat Umno bahagian akan bermula 18 Disember depan di seluruh negara, disusuli PAU 2021 selama empat hari pada Januari 2022. – Malaysiapost

Tiada ulasan: