MALAYSIA POST
PENGARAH Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menafikan satu kenyataan berhubung perletakan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Beliau menerusi ciapan di Twitter berkata, sebaran kenyataan media yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu adalah palsu.
“Harap maklum, sebaran palsu,” tulisnya.
Dalam kenyataan palsu yang turut dilampirkan itu, menyatakan empat perkara.
Antaranya, PKR telah menerima satu surat perletakan jawatan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR dan juga Pengerusi PH berkuatkuasa serta merta.
Kedua, Perletakan jawatan oleh Anwar Ibrahim adalah sebagai rasa bertanggungjawab beliau di atas kegagalan PKR dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak.
Yang ketiga, difahamkan Nurul Izzah Anwar akan memangku sementara jawatan sebagai Presiden, manakala Lim Guan Eng sebagai Pengerusi PH.
Akhir sekali, PKR mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbang bakti Anwar Ibrahim di dalam perjuangan parti. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan