MALAYSIA POST
KETUA Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa semua pihak memberi fokus dalam membantu rakyat terutama mangsa banjir dan menghentikan berpolitik seketika.
Menurutnya, ramai yang ketika ini sedang susah dan tertekan susulan bencana yang melanda negara.
“Tangguhlah dulu isu parti baru ni. Fokus bantu rakyat. Ramai yang tengah susah dan tertekan melihat keadaan harta benda musnah, rumah dipenuhi selut, nak tidur pun tiada tempat.
“Buat orang lagi mual dengan orang politik!” tegasnya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan media berhubung penyertaan 50,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Komuniti Negara (PKN) yang menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baru ditubuhkan.
Terdahulu Pengerusi PBM, Nor Hizwan Ahmad dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan mengenai penyertaan berkenaan.
Menurutnya, penubuhan PBM bukan sekadar untuk menjadi parti politik
kelas kedua, tetapi sebagai kuasa utama dalam arena politik negara. –
Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan