HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Disember 2021

Keadaan semakin baik, bekas Timbalan Menteri tak jadi ‘ditidurkan’, kata adiknya

Ab Aziz Kaprawi sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Ab Aziz Kaprawi yang positif Covid-19 tidak jadi ditidurkan kerana keadaannya bertambah baik.

Perkara itu disahkan adiknya, Khir Johari di Facebooknya dengan berkata, prosedur “ditidurkan” yang sepatutnya dilakukan hari ini tidak diteruskan.

“Syukur Alhamdulillah, berkat doa orang ramai yang tidak henti-henti. Semoga ia berterusan sehingga sembuh sepenuhnya,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading itu yang dijangkiti Covid-19 minggu lalu, sepatutnya ditidurkan semalam, tetapi ditangguh ke hari ini atas permintaannya sendiri.Aziz, 62, dan isterinya, Sabariah Tokimin disahkan positif Covid-19 enam hari lalu.

Aziz sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, manakala isterinya masih dikuarantin di rumah.

Tiada ulasan: