F4DC20E9-B948-413E-851F-32A8104BCD6F-scaled
Musa (dua dari kanan) menyampai sijil penghargaan kepada veteran UMNO Bahagian Bukit Mertajam ketika mesyuarat perwakilan di The Light Hotel Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – UMNO Pulau Pinang kekal dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbabit sudah diputuskan oleh perwakilan parti sejak tahun lalu dan ia dikekalkan.