MGF18122021_ARMADA-PAT-BERSATU4
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Ketua Armada mengakui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kurang berpengalaman menghadapi pilihan raya.

Malah, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, kebanyakan ahlinya juga tidak mempunyai pengalaman dalam arena politik sebelum ini.