Tindakan sekumpulan ahli PKR yang berdemontrasi di depan pejabat pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Lee Chin Cheh dibidas seperti samseng UMNO.
Naib Ketua Pemuda DAP Pahang Chris Shan menyifatkan tindakan ahli PKR itu kerana tidak berpuas hati selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak letak jawatan sebagai tidak wajar dan dikutuk kerana menimbulkan provokasi.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya terhadap wakil-wakil PKR Pahang yang membawa keriuhan di Pejabat ADUN Kawasan Bilut pada petang semalam.
“Keriuhan ini kelihatan tiada beza dengan perangai samseng UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini lapor sebuah portal.
Shan berkata sekiranya tidak berpuas hati dengan kritikan Chin Cheh sekalipun, tidak wajar untuk mereka mencetuskan kekecohan seperti sebuah kumpulan samseng.
“Jika PKR Pahang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Lee, maka mereka boleh menyangkal dan mengemukakan bukti untuk menunjukan tuduhan itu salah, dan bukannya membuat keriuhan secara besar-besaran seperti samseng,” katanya lagi.
Chin Cheh sebelum ini mempersalahkan Anwar berhubung prestasi hambar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu, ia ekoran keputusannya keputusannya menerima pembelot UMNO sebagai calon PH.
Dalam pada itu, Shan berkata PKR sepatutnya mengkaji semula punca kekalahan di Melaka dan bukannya menghabiskan masa dengan mencetuskan provokasi sesama rakan parti.
Shan menegaskan bahawa Pemuda DAP Pahang akan terus menyokong Chin Chen dan keputusan untuk tidak menarik balik gesaannya.
Sementara itu, seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Razlan Rafii tidak berpuas hati dengan kenyataan Pemuda DAP Pahang itu kerana diheret sama dalam pergolakan tersebut.
Pemimpin Umno menyatakan perasaan tidak puas hati apabila diheret sama dalam pergolakan DAP dan PKR Pahang berkaitan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH).
“Jangan salahkan UMNO dan membawa UMNO ke kancah pergaduhan PH,” kata beliau.
Razlan mengulas kenyataan Shan yang membandingkan tindakan ahli PKR yang membuat bantahan di luar pejabat ADUN Bilut itu seperti “samseng UMNO”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan