MALAYSIA POST
PKR akan berusaha sedaya upaya menambat hati warga Sarawak dalam usaha melaksanakan agenda reformasi dan perubahan, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Hari ini saya memulakan jelajah ke Sarawak bagi bertemu pimpinan, anggota dan aktivis parti serta rakyat.
“Saya tiba di kota Song di Kapit bagi menyuntik semangat kepada jentera dan aktivis PKR di sana. Terharu dengan kehadiran yang cukup padu meski diberi notis yang singkat.
“Insya-Allah, kita akan berusaha sedaya mungkin menambat hati warga Sarawak dalam usaha melaksana agenda reformasi dan perubahan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 6 Disember ini sebagai hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Hari mengundi awal ditetapkan pada 14 Disember manakala 18 Disember hari mengundi. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan